Wednesday, March 31, 2010

alhamdulillah DIN BERAMBOI kini stabil


salam kawan2 sekalian
alhamdulillah
aku baru jer lepas baca paper
baca kosmo

dorang cakap eh tulis din beramboi kini stabil
ni aku copy di SINI

Din Beramboi kini stabil

31/03/2010 8:15pm

KUALA LUMPUR - Pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Sambil menyangkal laporan media yang menyatakan bapanya koma, anak sulung pelawak itu Nil Aina Hadibah, 18, berkata kesihatan bapanya semakin baik berbanding semalam.

"Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma ”ditidurkan” oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Nil Aina berkata pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Katanya pihak hospital juga masih menjalankan rawatan susulan termasuk bagi mengesan sama ada pelawak itu yang dijangka dipindahkan ke wad biasa esok, mempunyai simptom dijangkiti virus kencing tikus.

Mengulas lanjut, Nil Aina berkata bapanya menunjukkan kurang tanda sihat pada hujung minggu lepas sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta yang kemudian merujuknya ke Hospital Selayang pada Isnin lepas.

"Saya dan mummy turut demam sejak minggu lepas dan kemungkinan papa berjangkit dengan kami tetapi demam saya dengan mummy tidak seteruk mana.

"Memandangkan demam papa tak kebah, papa buat pemeriksaan ke klinik swasta di Rawang sebelum beliau dirujuk ke sini (Hospital Selayang),” katanya.

Selain menjadi pelawak dan penyampai radio, Din Beramboi, 44, juga adalah seorang kartunis dan pernah bergiat dalam bidang nyanyian.

Turut kelihatan melawat Din Beramboi di hospital hari ini ialah penyampai radio swasta terkenal, Linda Onn dan Halim Othman. - Bernama

No comments:

Post a Comment