Saturday, March 27, 2010

Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD)



salam
tahniah buat Tan Sri Jins Shamsuddin
diatas kejayaan beliau mendapat PhD
kagum aku dengan semangat beliau

ni yang aku copy dari berita harian

2010/03/27

SINTOK: Pengorbanan dan kesungguhannya menuntut ilmu pada usia 75 tahun, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Kejayaan manis itu datang setelah beliau bersusah payah melengkapkan kajian tesis selama dua tahun.

"Saya tidak pernah menganggap semua ini cabaran walaupun terpaksa sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke sini kerana ia akan membuat kita mudah mengalah. Sebaliknya saya menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang perlu diteruskan sehingga selesai. "Dengan kejayaan ini juga, saya harap ia dapat memberi galakan kepada semua karyawan seni terutama generasi muda untuk terus belajar sehingga ke akhir hayat," kata penggiat seni ini selepas menerima ijazahnya daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah yang juga Cancelor UUM.

Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin berkata, dengan memiliki ilmu serta pengetahuan yang tinggi, karyawan tempatan akan dapat menerbitkan karya seni yang lebih bermutu serta dapat menandingi filem antarabangsa.

Beliau melengkapkan tesis bertajuk "Filem Melayu 1930-an hingga 1960-an Sebagai Citra Budaya dan Sejarah Negara" di mana beliau memilih 50 filem Melayu sepanjang tahun berkenaan untuk dijadikan sampel kajiannya.

Antara filem yang dijadikan kajiannya ialah karya dan arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee seperti Antara Dua Darjat, Hang Tuah, Sejoli serta filem pertama lakonannya di bawah arahan P Ramlee iaitu Panca Delima.
"Bagi membiayai pengajian saya, saya membelanjakan wang sendiri sebanyak lebih RM30,000. Ketika diiktiraf sebagai Seniman Negara, saya menerima wang sebanyak RM60,000, jadi saya gunakan sebahagian daripada wang hadiah itu untuk membiayai pengajian saya ini," katanya.

Mengenai perancangan masa depan, Jins berkata beliau berhasrat untuk memfilemkan kisah Pasir Salak dan riwayat hidup P Ramlee untuk tatapan generasi muda dan berharap ia dapat ditayangkan di luar negara.

"Selaras dengan prinsip hidup saya iaitu 'Melakukan yang terbaik, Memberi sumbangan kepada bangsa dan negara', saya akan terus menghasilkan filem yang dapat memberi impak berkesan kepada seluruh masyarakat," katanya yang kini bergelar Dr Jins. - Bernama


tahniah!!..


No comments:

Post a Comment