Thursday, April 1, 2010

kami semakin erat bersama-sama


salam semua
selamat pagi
masih berterusan dengan kisah persahabatan kami
adakah yang bosan??
baru 2 entry
tak kan dah bosan kot
hehehe


kisah ini mengenai:
indahnya persahabatan yang dianugerahkan oleh NYA
rentetan peristiwa bagaimana kami menjadi sebuah "keluarga"
anda cubalah membentuk sebuah keluarga bersama rakan2
insyaallah, indahnya perasaan itu tidak akan kamu kesali
bahkan akan anda kenang selamanya

kisahnya tidaklah sehebat mana
tetapi tetap hebat dihatiku
dan ku coretkan ia disini sebagai kenangan dihari esok
andai kami tidak lagi sehaluan
ataupun andai kami terpisah kelak

coretan2 ini boleh ku jadikan sebagai salah satu sumber untuk mengembalikan kenangan yang pernah kami lalui bersama

penilaian setiap orang berbeza
setiap orang mempunyai cara masing2 untuk menyimpan kenangan
dan ini merupakan caraku
berkongsi kenangan dan pengalaman indah ini bersama teman yang lain
agar anda juga dapat merasai betapa indahnya sebuah persahabatan
betapa berharganya sebuah ikatan persahabatan


ini aktiviti ke-2 kami selepas kami dibentuk dan dididik
yang terlepas aktiviti pertama


aktiviti ke-2:
ejen minggu haluan siswa 2008/2009


***hari berangkat ke APBM

sebelum kami menjadi ejen untuk pelajar baru
kami perlulah dilatih terlebih dahulu
di latih dari segi fizikal dan mental
kem yang mencambahkan lagi keakraban kami
kem di APBM PD selama 3 H 2 M

masa ni memang ada yang kata kami macam berpuak
yer la kemana saje kami bersama2
masa nak pegi sana kami satu bas, tdo pun satu bilik
***laki perempuan asing la yer...nanti ader lak yg salah paham...
memang semuanya bersama2...



***di APBM

gambar atas tu sebenarnya hari last kem tu
dan yang kat bawah tu kami bergambar depan bilik kami
semua sekali satu bilik
takder pun yang berpecah
memang berpuak
hahaha



kami bahagia bersama
lalalala



***minggu haluan siswa 08/09

ni dah mula MHS nyer
ang kat bawah tu la sebahagian barisan ejen yang ada
sebahagian gambar bersama2 adik2 junior


diorang semua ni dah tahun 2...
dan bakal ke tahun 3 sem depan
dah nama nya first year kan
haruslah semua muka baik2
hehehe
adat la tu
=)



yang pakai vest UTM tu semua ejen
haaa
memang best masa ni

waktu inilah berlakunya "percambahan" itu...
hehehe
=)



kepada sahabat2 JKM 08
masihkah anda semua ingat kenangan ini?????

seperti kata2 yang kupinjam dari saudara pjoe

"KITA BUKAN TAK INGAT KISAH-KISAH LAMA,
TAPI KITA PERLUKAN SESEORANG YANG SUDI UNTUK MENGINGATKANNYA.
KENANGAN ITU MENJADI INDAH BILA KITA MENGENANGKANNYA.."


insyaallah
sambungan bakal tiba..
kalau aku terus bersemangat...


2 comments:

  1. Salam...
    Idah, Fahmi masa tue tak join jadi ejen...
    Huhuhu...
    Jadi, sedikit kekurangan di situ...
    :)

    ReplyDelete
  2. wslm...
    fahmi..tiada apa yang kurang...
    kita tetap satu keluarga..
    itu lumrah kehidupan..kalau satu family sekalipun kalau ada apa2 event kadang2 mesti ada salah seorang adik beradik yang xdapat join..
    atas sebab2 tertentu...
    itulah kehidupan kan..tidak semua yang kita impikan tercapai....

    ReplyDelete